Tuesday 3 January 2012

30 LARANGAN TERHADAP WANITA ISLAM..

Terima kasih YaAllah kerana masih memberikan aku peluang bernafas diatas muka bumiMU ini pada saat ni..kali ni aku sbgai muslimah dan khalifah ingin berkongsi tntg larangan terhadap aku dan sahabat muslimah semua...semoga kita tidak menjadi fitnah dunia dan sentiasa dalam redhaNYA..
  1. menyambung rambut palsu
  2. bertatu,mencabut bulu wajah dan mengikir gigi.
  3. keluar rumah dengan memakai wangian.
  4. memperlihatkan perhiasan(bersolek) di hadapan lelaki lain.
  5. menolak panggilan suami utk tidur bersama.
  6. membuka rahsia hubungan suami isteri.
  7. berpuasa sunat tanpa izin suami
  8. derhaka(nusyuz) kepada suami.
  9. meminta cerai tanpa sebab yg jelas
  10. mengingkari kebaikan suami.
  11. bersama lelaki lain yang bukan mahram.
  12. memandang lelaki yang bukan mahramnya tanpa sebab
  13. membelanjakan harta suami tanpa izin suami.
  14. bersalaman dengan lelaki bukan mahram.
  15. menyerupai lelaki.
  16. membuka rahsia wanita lain kepada suami.
  17. memandang aurat wanita lain
  18. keluar rumah tanpa ada keperluan.
  19. masuk permadian awam
  20. mencakar-cakar tubuh ketika mendapat musibah.
  21. meratapi kematian.
  22. berhias atas meninggalnya seseorang
  23. menghantar jenazah
  24. mempercayai bomoh,dukun dan peramal.
  25. menyumpah anak2 sendiri.
  26. tidak bertegur sapa dengan sesama muslim.
  27. menganiaya pembantu.
  28. menggangu jiran.
  29. minta cerai kerana suami sakit
  30. minta cerai kerana suami berkahwin lagi.
Aku menulis bukan sbb aku seorg yg alim, bukan sebab aku terlalu maksum tetapi aku hanya ingin menyampaikan apa yg aku tahu dan menasihati sesama muslim...Firman Allah dalam surah Al 'Asr(103 ) 1-3 :
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"

No comments:

Post a Comment